Search my Blog

Friday, July 31, 2015

Siakap Masak Paprik

 This dish will be a nice rescue when my mood is not much into cooking.... perfect one dish with protein and vegetables are all in one!
************************************************

BAHASA MALAYSIA VERSION
Kalau AngahRuz and UsuRaz ada kat rumah, memang suka sangat lah bila mama masak lauk ni. Mama pun senang hati sebab masak satu lauk ni jer dah cukup lengkap, semua ada dalam....hehee. Entah bila Along masak lauk ni pun tak ingat.... banyak lak gambo yg belum masuk entri.... bulan puasa tak larat nak update blog sangat pun... ni dok kemas folder lah ni.

Nak ke resipi.... oklah, letak jerlah.... resipi main campak2 jer dan taruh jer apa yg ada dlm petisejuk tu:

By: AlongRoz@HomeKreation
BAHAN2:
1 ekor Ikan Siakap
3-4 ulas Bwg Putih - cincang
1 bj kecil Bwg Besar - hiris
1 hirisan nipis Halia
1 btg Serai - ketuk
2 sb Pes Cili Kering
1 kiub TomYam
2 sb Sos Tiram
4 sb Sos Tomato
2 sb Sos Cili
1 sb Kicap Manis
Sayuran campur - Karot, Cauliflower, Capsicum, Terung, Tomato, dll
1 sb Tepung Jagung - bancuh dgn sedikit air
4-5 helai Daun Limau Purut
Garam, Gula

CARA2:
1. Lumur ikan dgn sedikit garam & serbuk kunyit.
Goreng sehingga masak & garing. Ketepikan.
2. Tumis sedikit minyak dan tumis bwg putih/besar, halia, serai sehingga wangi.
Masukkan pes cili dan kiub tomyam, kacau sehingga pecah minyak.
Masukkan kesemua jenis sos, kicap, 1 cwn air, garam, gula dan biar mendidih.
Masukkan bancuhan tepung jagung dan masukkan daun limau purut dan sayuran.
Masak sebentar sehingga sayuran layu. 
3. Curahkan ke atas ikan goreng tadi.
4. Hidangkan segera. 



Biskut Cornflakes (Again)

Ini entri belated biskut raya yg terakhir.... nanti selepas ni kita tayang kek lah pulak ya.... Along buat entri biskut satu-persatu supaya mudah kemudian hari bila anda nak search blog untuk kukis ni.... jangan boring ya....peaaaaaceeee!!

 Sekut yang satu ni pulak my fevret.... yang sebelum ni buat untuk anak2, Emak dll tapi yg ini memang sendiri yg suka tapi anak2 pun tumpang suka gak....hehehee.

Resipi dah share dulu kat SINI, SINI dan SINI. Yg buat banyak kali tak share pun ada.... pendek kata memangAlong suker sangat kukis ni....! Kalau anda tercari2 Biskut Cornflake yg rangup, ringan, rapuh, tak terlalu manis..... this is a nice one!


Biskut Mama Carrie (Again)

 Sorry ya, kes ulang-tayang lagi.... pulak tu dah raya baru nak tayang.... bukan senang nak ngadap pc hari2.... Takpa lah, kalau berkenan boleh lah buat untuk raya haji nanti ya. Biskut ni dulu bukan main popular lagi tapi sekarang ni susah nak nampak dah. Along buat pun sebab teringatkan Emak dan nephew yg suka sangat makan sekut ni. Nak buat sekut nya mudah tapi bab nak melukis tu yang banyak kena sabor.... kalau ada assistant takpa lah, ni buat sorang2 dari pagi sampai ke petang baru siap walaupun hanya dua adunan.... tapi berbaloi gak sebab sekut ni memang laris bila di hidangkan.
 
Ciri2 biskut ni mesti rangup dan aising nya rangup ringan dan bila digigit terus cair....

Resipi sila rujuk di SINI.


Thursday, July 30, 2015

Tart Nenas Tekan (Pressed Pineapple Tarts) Again

Enjoy the photos of delectable cookies for the recent Idh... still have little bit reserved for the upcoming visitors. Pineapple tarts are our family's favourite and a must-do for Idh especially when the two boys are away, these will be nice packs for their Idh treat.

The recipe has been shared earlier in here but I tried different shape this round. Make a ball of cookies with homemade pineapple filling and press into any mold shape of your choice! It is much easier method than making tart rolls.... (in my opinion....).


BAHASA MALAYSIA VERSION
Saja seronok nak ulang tayang sebab kali ni Along buat bentuk lain lak.... bentuk bulat ni banyak sikit inti nya, puas makan. Entri yg sebelum nya ada kat SINI. Setiap tahun anak2 mesti tanya mama buat tak tart nenas, so memang masuk list setiap tahun, insyaallah. Along buat tak banyak pun, cukup buat untuk Emak, mertua dan anak2 yg jauh di perantauan.
 
Along suka buat tart tekan ni sebab mudah & lebih cepat, maklum ler kita sorang2 jer kat dapo kan, so semua nak yg cepat & mudah. Leperkan adunan, letak inti, bulat2kan dan tekan ke dlm acuan pilihan anda, ketuk dah siap!

Resipi adunan ni Along dah olah supaya rasa nya lemak dan harum minyak sapi. Ni memang resipi tart nenas kegemaran Along.

Queuing for the oven

Fresh from oven!

Wednesday, July 29, 2015

Menu Biskut dan Kek Hari Raya Aidil Fitri 2015


 
Tahun ni pertama kali menyambut Hari Raya Aidil Fitri di KL.... tetapi seperti biasa kami balik kampung terlebih dahulu. Tahun ni giliran beraya di kampung hubby di Sarawak. So Along pun buatlah serba sedikit biskut dan kek buat buah tangan untuk mertua, emak di Taiping dan seorang dua sahabat. Tak dapat nak buat banyak sebab badan kurang sihat dan buat sorang2 tiada yg membantu, apa yg terdaya sahaja.
 
Minggu hadapan ada open house dan marhaban untuk surau residen kat condo ni, nanti Along update menu tu kendian lah ya. oklah, meh tengok menu biskut dan kek yg di siapkan tahun ni.... so kawan2 kalau berkenan boleh lah cuba next time ya.
 

1. Shortbread Manik
- Resipi Along dah kongsikan di sini.


2. Biskut Red Velvet
- Resipi Along dah kongsikan di sini.


3. Tart Nenas Tekan
 - Resipi Along dah kongsikan di sini.


4. Biskut Mama Carrie
 - Resipi Along dah kongsikan di sini.


 5. Biskut Cornflakes
 - Resipi Along dah kongsikan di sini.


6. Kek Lapis Asam Manis Evergreen
- Along kasi kat member yg ni.... Resipi Along dah kongsikan di sini.


7. Kek Buah Kukus
- Along kasi kat member yg ni.... Resipi Along dah kongsikan di sini.


8. Kek Lapis Red Velvet Cheese
- Along kasi kat mertua yg ni.... Lapisan nampak comot sebab belum di hiris. Resipi Along dah kongsikan di sini.


9. Kek Keju Lapis Coklat
- Signature recipe.... sorry tak boleh share resipi untuk mengelakkan ciplak.... nanti2 ada lak yg mengaku resipi turun-temurun tok nenek dia.... dah serik. Puan empunya tak kasi lesen untuk share, maaf ya.


10. Kek Kurma Butterscotch
- Ni buat hari Ahad baru ni untuk sedara-mara yg bertandang. Gambo tak sempat nak snap, so ni gambo amik dari entri dulu yg kat sini.


 11. Kek Lapis Belacan, Lumut dan Cheese
- Ni kek terbaru yang di perkenalkan oleh warga Sarawak.... sedap nya tak terhingga.... kek yg kaya rasa amat mengasyikkan. Tunggu lah bila free nanti Along buat entri nya ya.


 Aneka kek lapis Sarawak yang Along bawa balik dari kampung Sarawak untuk di hidangkan kepada tetamu.


Ni pula, sedikit bekal kek lapis Sarawak AlongRiz bawa ke pejabat belanja office mates dia.

Monday, July 13, 2015

Shepherd's Pie - my style

 Typically Sheppherd's Pie uses pre-cooked minced meat but I like mine with chunky beef.... I used raw meat and let it simmer in the oven with the rest... It produces delicious moist bottom filling with slight gravy just the way I like it.... The meat is tender and the vegetables complement it very well. This recipe is also the simplest Shepherd's Pie to make and definitely the most delicious for me.... I've been using this recipe that I've created for almost 30 years and still the best!


The recipe I made recently is just a small portion, you can double it if you like. This is no fuss recipe so you can add other vegetables of choice and your preferred herbs & seasonings.

By: Roz@HomeKreation
Produces: 5" x 8" casserole (serves 3-4 persons)
INGREDIENTS:
200g Beef - cut into ~1cm cubes
Assorted Vegetables cut into chunks - I used Big Onion, Carrot, Pumpkin & Peas - other choices can be Potatoes, Mushrooms, Cauliflower, Leek, Turnips, etc
1/4 to 1/2 cup Water
1 tbsp Butter
1 tbsp Flour
1/4 cup Milk
1/4 tsp Maggee Chicken Stock
Seasoning - Salt, Pepper, Chili Flakes, Mixed Herbs
Few drops of Browning (optional) - to give nice brown color effect
TOPPING:
Mash potato - u can use homemade or instant - I prefer instant as it produces very smooth texture, see the sample that I used below
Grated Cheddar Cheese

METHOD:
1. Melt butter and add in flour stirring until the color change slightly.
Add in milk and stir until smooth.
2. Mix all ingredients, except the mashed potato, and pour into a buttered casserole.
3. Prepare the mashed potato topping per packet instruction and spread on top of the beef filling.
To make your own topping, mash boiled potato and add few tbsp of milk at a time until it produces the required consistency. Add a tbsp of butter and season with black pepper and mixed herbs.
4. Sprinkle grated cheese on top.
5. Bake at 180C for 45 minutes.




Step 1 - pour filling into a casserole
Step 2 - prepare mash potato for topping


Step 3: Ready for oven
BAHASA MALAYSIA VERSION
Sheperd's Pie yg Along buat ni lain dari yg selalu kita lihat... Kebiasaan nya lapisan bawah tu ialah daging cincang yg telah di masak sebelum di bakar... tapi Along lebih suka menggunakan ketulan daging yg belum di masak (ia pasti akan masak dgn lembut, jangan risau) dan Along lebih suka lapisan bawah tu lembab atau berkuah sedikit seperti stew, barulah cair jer dlm mulut bila makan dgn lapisan kentang lecek tu....heheee. Along reka resepi ni sudah hampir 30 tahun lalu dan masih resepi yg paling Along sukai... Sila lah cuba dan semuga anda juga menyukai nya.

Cara seperti ni juga amat mudah dan cepat di sediakan. Resepi ni tidak cerewet dan bahan2 nya boleh di ubahsuai ikut apa yg ada di dapur anda. Along buat bekas kecil jer kali ni, anda boleh gandakan untuk hidangan yg lebih ramai.

By: AlongRoz@HomeKreation
Saiz bekas: 5" x 8" casserole (hidangan 3-4 org)
BAHAN2:
200g DAging Lembu - potong kiub ~1cm
Sayuran di potong kiub - kali ni Along guna Bawang Besar, Karot, Labu & Kacang Peas - cadangan utk pilihan yg lain ialah kentang, cendawan, cauliflower, leek, sengkuang, dll
1/4 - 1/2 cwn Air
1 sb Butter
1 sb Flour
1/4 cwn Susu Fresh
1/4 st Maggee Chicken Stock
Perisa - Garam, Lada Hitam, Cili Flakes, Mixed Herbs
Beberapa titik Browning (optional) - supaya cantik warna
TOPPING:
Kentang Lecek - boleh guna homemade atau instant - Along suka instant sbb tekstur nya lebih halus dan lembut - boleh lihat contoh peket yg Along guna kat gambar atas
Parutan Cheddar Cheese

CARA2:
1. Cairkan butter dan masukkan tepung, dikacau sehingga sedikit keperangan.
Masukkan susu dan kacau sehingga rata.
2. Campurkan kesemua bahan2 dan tuang ke dlm bekas tahan panas yg telah di sapu butter.
3. Sediakan kentang lecek, ikut arahan spt tertera di bungkusan dan ratakan ke atas inti daging tadi.
Jika nak buat homemade topping, lecek kentang rebus, campurkan susu sedikit2 sehingga lembut. Campurkan 1 sb butter, serbuk lada & herba.
4. Tabur parutan cheese dan bakar 180C selama 45 minit.



Friday, July 10, 2015

Biskut Red Velvet

 These beautiful cookies are delicious and easy to make, perfect treat for Idh and popular amongst all age from kids to adults. The deep chocolate red color and the rich taste of chocolate and nuts all add up to irresistible cookies.


By: Roz@HomeKreation
Source: Planta
English translation by HomeKreation
Yields: 80+ pieces
INGREDIENTS:
120g Planta Margarine (I mixed half with Buttercup)
10g Windmill Ghee Blend
100g Caster Sugar
1 Egg Yolk
120g Flour*
50g Rice Flour* (* mixed & sift)
50g Almond Nibs
1 tbsp Cocoa Powder
1/2 tbsp Vanilla Essence
1/4 tbsp Red Coloring
30g White Chocolate Chips
30g Chocolate Chips

METHOD:
1. Beat margarine/butter, ghee, sugar until fluffy.
Add in egg, VE, red coloring & mix well in each addition.
Add in flour mixture*, almond nibs and chocolate chips and mix evenly.
2. Roll into small balls and decorate with additional chips.
3. Bake 170C for 15 minutes.
4. Let it cool slightly before removing from baking tray as the cookies are soft while they are hot.
5. Keep in airtight container.


BAHASA MALAYSIA VERSION
 Along suka Biskut Red Velvet ni.... rasa nya sungguh rangup dan sedap dan warna nya amat menarik sekali... Belek2 beberapa resepi Red Velvet yg lain tapi Along berkenan nak cuba resipi ni sebab bahan2 nya mudah dan ada minyak sapi tentulah lebih sedap dan harum. Nak buat pon senang.... gentel2 jer dah boleh bakar....hehee. Meh tengok resipi nya....
 
By: AlongRoz@HomeKreation
Source: Planta
Hasil: 80+ biji
BAHAN2:
120g Planta Majerin (Along campur separuh Buttercup)
10g Windmill Ghee Blend
100g Gula Kastor
1 bj Telur Kuning
120g Tepung Gandum*
50g Tepung Beras* (* campur & ayak)
50g Almond Cincang
1 sb Serbuk Koko
1/2 sb Esen Vanilla
1/4 sb Pewarna Merah
30g Coklat Cip Putih
30g Coklat Cip
 
CARA2:
1. Pukul majerin/butter, ghee, gula sehingga kembang.
Masukkan telur, EV, pewarna & gaul rata.
Masukkan campuran tepung*, almond dan coklat cip, gaul rata.
2. Bulat2kan dan hias dgn coklat cip.
3. Bakar suhu 170C selama 15 minit.
4. Sejukkan sedikit sebelum di angkat dari dulang pembakar sbb biskut ni lembik sewaktu panas tapi akan keras apabila sejuk.
5. Simpan di dlm bekas kedap udara.


Thursday, July 9, 2015

Ayam Masak Bali

 My eldest son must have chicken in the menu everyday.... I already  made most of the chicken dishes in this Iftar month thus far.... so looking for something different and found this one. It is somewhat new to us because it infuses few different aromas... quite strong aroma in my opinion.... nice for occasions but not too often as daily dishes.... overall I give it 5* out of five.


BAHASA MALYSIA VERSION
Sedap masak Bali ni.... haruman serai, daun limau dan daun kari memang kuat.... sesuatu yg baru untuk di cuba... tapi tak boleh buat kerap sangat masakan seperti ini.... sesuai untuk hari raya atau hidangan untuk tetamu.

By: AlongRoz@HomeKreation
Source: MamaDee@KongsiResipi
Resipi di taip semula utk mudah rujuk
BAHAN2:
8 ketul Ayam
6 ulas Bwg Merah*
2 ulas Bwg Putih*
1 sk Serbuk Ketumbar*

1 sk Jintan Manis*
1 sk Jintan Putih*
2 btg Serai*
(* blend)

1 btg Serai - di ketuk2 sb Serbuk Kunyit
Kicap pekat
Cili kering
1 tangkai Daun Kari
3-4 helai Daun Limau Purut
1 Asam keeping
Garam dan gula


CARA2:
1. Perap ayam dgn bahan2 blend*, kunyit dan kicap pekat.
2. Goreng ayam sehingga masak & masukkan lebihan perapan tadi, daun kari, daun limau purut, serai ketuk, asam keeping, garam & gula.
Masak sehingga kering dan Wangi.
3. Hidangkan dengan nasi atau pulut.
 

Wednesday, July 8, 2015

Shortbread Manik

 
My first cookies for this year Idh.... something simple to make and simple in look but surely better than those cookies you buy from the wholesaler store. My husband loves shortbread and Liana loves anything with colorful beads. Homemade shortbread tastes good as I'm using quality butter although butter is very expensive nowadays.

*************************************************************************

BAHASA MALAYSIA VERSION
 Biskut shortbread kegemaran hubby Along.... Setiap kali dia pergi Mark & Spencer mesti dia beli shortbread kat situ. Tahun lepas Along makan biskut ni kakak ipar Alang buat, terus jer jatuh cinta. Kukis ni rasa sedap dgn lemak mentega dan ada pula manik2 rangup yg berwarna-warni memang menarik minat si kecil. Nak buat nya pun mudah, bakar jer satu adunan sekali gus tapi kena ada acuan shortbread lah ya. Hubby gembira jer bila dia nampak biskut ni, tamak pulak suruh buat satu lagi adunan tapi Along kata cukup lah, makan jer dulu yg ada ni.... hehe

By: AlongRoz@HomeKreation
Hasil: 100 keeping / tin 12" persegi
BAHAN2:
250g Butter
1 cwn Gula Aising
1 st Esen Vanilla
2 cwn Tepung Gandum*
1½ cwn Tepung Jagung*
1 st Baking Powder* (* ayak sekali)
Manik Berwarna-warni

CARA2:
1. Pukul butter & gula sehingga kembang.
Masukkan EV, campuran tepung* sehingga rata.
2. Ratakan ke dalam tin yg di lapik kertas.
Tabur manik ke atas adunan & tekan dgn pemotong shortbread.
3. Bakar sehingga masak (Along guna 170C 20minit).
4. Sejukkan dan simpan dlm bekas kedap udara.

Tuesday, July 7, 2015

Spaghetti Aglio e Olio with Dried Tomato

 This is last week menu but only now I have time to update here. Just a simple menu but wanna update here for my own record. Personally I love to flash back sometimes what I've done in my kitchen.... good to test own appetite when drained out of ideas.

I love dried tomatoes (this time I bought semi-dried tomatoes in olive oil) and adding it to this recipe makes it so very delicious.... I could finish two plates of it easily despite low appetite in fasting month....hehe. I used homemade Spinach Spaghetti per the previous entry and served it with my favourite prestzel sticks  and roasted chicken.


Friday, July 3, 2015

Homemade Spinach Spaghetti & Tagliatelle

Cut and ready to be boiled
 Let's make our own spaghetti at home.... I love playing with dough and couldn't resist the temptation when I saw Lina Thomas shared in her facebook. I love the natural color from the spinach and the taste... Making your own fresh spaghetti is a lot cheaper than buying from the store... I did check the price of spinach spaghetti from the store across the road and it costs more than RM20 per box for only 250g... This recipe costs less than RM5 and it gives you about 1kg of spaghetti.... It is not only cheaper making it yourself but most of all the joy of making it and getting what you want!

I made half batch into spaghetti and the remaining as tagliatelle.... Each portion is just nice for table of three here.

Inilah rupa spinach kalau ada yg tak tahu...

By: Roz@HomeKreation
Source: Facebook-Lina Thomas
Yields ~1 kg pasta
INGREDIENTS:
2 Eggs* - lightly beaten with fork
1 bunch Spinach* - blend (* mix and measure 190ml)
500g Flour
1 tbsp Olive Oil

METHOD:
1. Mix all ingredients and knead until smooth.
The dough should be very firm.
2. Divide the dough into 5 balls and roll each flat before cutting with pasta machine.
3. Boil water + salt + olive oil.
Boil spaghetti/tagliatelle about 5 minutes until al dente.
Strain excess water and mix with 1 tbsp olive oil to prevent sticking.
4. Serve with your favourite sauce.
********************************************************************************

BAHASA MALAYSIA VERSION
Teringin lak nak makan spaghetti iftar ni... asyik makan nasi pun jemu gak... Terliur tengok Lina Thomas buat hari tu... ngancam betul spaghetti yg Lina buat dgn warna hijau gelap...
 Along buat pucat sedikit tapi next time boleh tambah spinach banyak2... Puas jati buat sendiri... bukan sahaja jimat kos tapi puas makan hasil tangan sendiri..... Resipi bawah ni cukup untuk dua kali hidangan di rumah ni, jadi Along buat separuh spaghetti dan separuh lagi tagliatelle.

By: AlongRoz@HomeKreation
Source: Facebook-Lina Thomas
Hasil: ~1 kg pasta
BAHAN2:
2 biji Telur* - pukul dgn garfu
1 ikat Sayur Spinach* - blend (* Campur = 190ml)
500g Tepung Gandum
1 sb Olive Oil (Along tambah)

CARA2:
1. Gaul kesemua bahan2 & uli sehingga rata.
Adunan doh ni mmg keras, jangan tambah air supaya pasta anda kenyal.
2. Bahagikan doh kepada 5 ketul dan leperkan.
Leperkan dgn mesin mee (Along guna tahap 3) dan selepas tu potong dgn mesin mee.
3. Didihkan air + garam sikit + olive oil.
Rebus spaghetti/tagliatelle selama 5 minit sehingga ala dente, tapis.
4. Lumurkan dgn 1 sb olive oil supaya tak melekat.
5. Siap untuk di hidangkan dgn sos kegemaran anda.

Ready cooked tagliatelle

Thursday, July 2, 2015

Apam Nasi

 Iftar menu on day 14 yesterday.... very soft and spongy... cheap ingredients and produces big batch.... but you need to plan early as it requires some fermentation.


By: Roz@HomeKreation
Source: Facebook, not sure original owner as there are too many similar entries
English translation by HomeKreation
INGREDIENTS:
1 cup Cooked Rice
¾ cup Sugar
cup Water
A pinch of Salt
1 cup Rice Flour
1 cup Flour
1 tsp Instant Yeast
Coloring
 
METHOD:
1. Blend all ingredients, except yeast, until smooth.
2. Mix in yeast and leave to ferment for 2-3 hours.
3. Color as you like & pour into small cups.
4. Steam for 30 min with medium fire.

BAHASA MALAYSIA VERSION
Apam Nasi ni kuih yg kebiasaan nya di jual di pasar2 Melayu dan Cina di Malaysia. Bahan2 yg di gunakan tak susah dan murah yg sedia ada di dapur. Nak buat pun mudah cuma perlu di perap lama, oleh itu kena rancang awal2 lah kalau nak buat supaya hidangan siap di waktu yg di kehendakki.

Along Nampak resepi ni di facebook Norhayati Salleh dan bila google memang dah ramai yg mencuba nya... tak dapat pula nak trace empunya asal nya. Terima-kasih semua dan juga tuan punya resipi ni, memang lembut dan gebu, secukup rasa.

Along kukus guna cawan lompang plastic kecil... sebabkan nakkan ia mekar, Along guna api yg kuat... tau apa jadi? Acuan tu cair.... so Along terpaksa buang jer sebab takut termakan bahan kimia dari bekas plastic tu. Batch yg kedua, Along guna api perlahan sbb takut kejadian yg sama.... so anda hati2 ya kalau guna bekas plastic untuk mengukus kuih.

By: AlongRoz@HomeKreation
Resepi ni Along dah separuhkan tapi banyak juga hasil nya
Bilangan: 2 dozen
BAHAN2:
1 cwn Nasi Sejuk
¾ cwn Gula
1¼ cwn Air
Secubit Garam
1 cwn Tepung Beras
1 cwn Tepung Gandum
1 sk Yis Segera
Pewarna

CARA2:
1. Blend kesemua bahan2, kecuali yis, sehingga sebati.
2. Gaulkan yis & perap 2-3 jam.
3. Warnakan & tuang ke dlm bekas2 kecil.
4. Kukus selama 30min dgn api sederhana.